Tuesday, 1 January 2013

Pahit Manis, Asam Garam

Bila terkenang masa lalu rasa terharu. Segalanya masih segar dalam kenangan.. Seperti  setiap tahun, setiap insan pastinya akan mengharungi badai kehidupan yang penuh onak dan duri.


Bila ditimbang pahit manis kehidupan yang dilalui, pasti akan terasa sangat hiba mengimbau saat itu samada pahit atau pun yang manis. Inilah lumrah asam garam kehidupan manusia.




Sebagai insan yang tidak sempurna dan beserta dengan naluri yang penuh kedaifan kita pastinya akan merintih sedih, mengapa itu semua terjadi.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan pujuklah diri, bahawa ada hikmah disebaliknya. Semestinya kita bersyukur dengan kebesaran yang Allah Taala kurniakan ketabahan dan pasrah  mengharungi detik2 itu dengan sebaik mungkin. Tidak dinafikan, diambang menjelangnya tahun baru, hati merintih pilu bila kenangan pahit dan manis itu bermain2 dikotak fikiran dengan berbagai persoalan.


Hanya kita mengharapkan untuk mengulangi lagi kenangan manis lebih dari yang pahit. Jadikan pengajaran PAHIT dan DURI masa lepas dan semoga tidak akan berulang lagi atau sekurang-kurangnya pengalaman kita akan menjadikan kita insan yang lebih baik dimasa hadapan.


No comments: