Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis
pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan
tradisional yang terkenal di Malaysia terutama
di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand . Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam
sehingga hancur.
Budu boleh dihidangkan begitu
sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, cilipadi,
mempelam dan dan air perahan limau nipis.Sepanjang usia 41
tahun ini dan sebagai anak jati Johor tidak pernah mengetahui akan keenakkan si
BUDU ini.
Kisah bermula jatuh cinta
pada si budu bermula dengan tercetus jalinan dengan insan Wan yang kini telah
sah jalinan hubungan kami sebagai suami isteri. Kita ketepikan dulu isu
jalinan hubungan kami, sebab saya ingin kongsikan akan khasiat si BUDU yang
telah juga mencuri selera rasa anak jati Johor ku ini.
Penemuan baru-baru ini
membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai
bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh
(immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang
kanser.
Budu didapati berpotensi
untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan
mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing
manis, canser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga
mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab Cirit,
penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan
hypertension. Ia juga didapati berpotensi
untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses
penuaan. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan
dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis Protein lain.
Budu mempunyai bau yang agak
kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik
yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut , kencing
manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.
Kesimpulannya, jika tidak ditemukan jodoh dengan warisan orang utara, mungkin saya tidak akan menjadi penggemar BUDU. Macam 'tak kenal, maka tak cinta'... bila dah terjebak dengan keenakkan dan lebih-lebih lagi mengetahui segala macam khasiatnya, semakin 'erat la cinta'...

1 comment:
Hi
Post a Comment