Monday, 31 December 2012

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia terutama di Kelantan, Terengganu dan Selatan ThailandBudu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. 
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, cilipadi, mempelam dan  dan air perahan limau nipis.Sepanjang usia 41 tahun ini dan sebagai anak jati Johor tidak pernah mengetahui akan keenakkan si BUDU ini.
Kisah bermula jatuh cinta pada si budu bermula dengan tercetus jalinan dengan insan Wan yang kini telah sah jalinan hubungan kami sebagai suami isteri. Kita ketepikan dulu isu jalinan hubungan kami, sebab saya ingin kongsikan akan khasiat si BUDU yang telah juga mencuri selera rasa anak jati Johor ku ini.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. 

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosiskoroner jantung, penyakit kencing manis, canser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab Cirit, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hypertension. Ia juga didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis Protein lain.

Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut , kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.

Kesimpulannya, jika tidak ditemukan jodoh dengan warisan orang utara, mungkin saya tidak akan menjadi penggemar BUDU. Macam 'tak kenal, maka tak cinta'... bila dah terjebak dengan keenakkan dan lebih-lebih lagi mengetahui segala macam khasiatnya, semakin 'erat la cinta'...


1 comment:

Anonymous said...

Hi