Bukan semua manusia mempunyai daya ingatan yang baik. Ada golongan yang mempunyai daya ingatan yang lemah hingga menjadi PELUPA. Fenomena LUPA ini adalah tanpa dikawal dan ianya berlaku tidak mengikut peringkat usia dan jantina. Walaupun tidak mendatangkan kemudaratan tetapi ianya mengganggu urusan hidup seharian.
Jom kita lihat apakah jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan manusia jadi LUPA :
2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
3. Banyak makan bawang besar.
4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5. Memakan kepala ikan.
6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7. Makan sehingga terlalu kenyang.
8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
Tetapi pepatah "bagai kacang lupakan kulit" adalah tiada kaitan dengan fenomena PELUPA. Tau ke apa maksud pepatah si kacang yang lupakan kulit tu? Harap-harap janganlah kita tergolong dalam kategori sikacang tu, biarlah jadi PELUPA uols!
No comments:
Post a Comment